Prasarana


Perpustakaan
Perpustakaan PKG Bandar Paloh menyediakan ruang yang selesa untuk pengguna. Dengan bahan rujukan yang banyak, Perpustakaan PKG Bandar Paloh dilengkapi dengan kemudahan TV, penghawa dingin dan juga bahan-bahan digital.




Bilik Mesyuarat
Dengan kapasiti yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat, PKG Bandar Paloh menyediakan Bilik Mesyuarat yang lengkap dengan kemudahan LCD Projektor, penghawa dingin dan internet tanpa wayer (wifi).
Bilik Seminar
Dapat memuatkan kira-kira 100 orang peserta, bilik seminar PKG Bandar Paloh dilengkapi dengan sistem penghawa dingin untuk keselesaan pengguna. Keluasan bilik seminar 12’ X 60’ dapat menampung pelbagai aktiviti berbentuk dalaman (indoor activity).
Ruang Legar
Ruang legar yang luas untuk apa jua aktiviti luar (outdoor activity).
Internet Tanpa Wayer (Wifi)
Dengan teknologi masa kini, PKG Bandar Paloh tidak terlepas untuk mengikutinya. Di sini perkhidmatan Internet tanpa wayer (wifi) diberikan secara percuma.
Sidang Video
Sidang video (Videoconferencing) merupakan satu set interaktif yang membenarkan orang di dua atau lebih lokasi berinteraksi melalui penghantaran video dan audio dua-hala secara serentak. Ianya disediakan di sini bagi kemudahan mesyuarat maya diantara guru-guru mahupun sekolah.